Assalamualaikum wbt........
Apa khabar semua? sihat tak? *cute face* mentang-mentang baru sihatkan? bolehlah buat cute face kan mizz. Hehe Well, itulah saya. Seriously seminggu Allah bagi nikmat sakit yang paling teruk untuk tahun ini. Siap solat baring lagi. *jangan main-main* Tapi, memang tak tipulah. Bukan senang nak nampak Mizz ni makan ubat waktu sakit okey? Kalau sakit sikit-sikit tu harapan je lah Mizz ni nak teguk ubat. Tapi sakit kali ni sepanjang masa hidup dengan ubat je tau.
Entry kali ni nak cerita pasal "terawih oh terawih..." *panjang na mukadimah aku ni* Kenapa tajuk ni yang Mizz pilih? Well, sebenarnya rumah Mizz ni sebelah surau. Jadi memang setiap tahun Mizz akan solat terawih di surau ni je lah. Tidak akan menjadi isu kalau Mizz nak pergi solat terawih sebab surau sebelah rumah je. Nak dijadikan cerita sebenarnya ada kemusykilan disini. Meh mizz bagi situasi dekat korang.
Situasi 1: pengisytiharan puasa di TV. "maka dengan ini tarikh hari raya puasa jatuh pada ......"
Waktu ni semua, tak kira besar, kecil, tua, muda, tinggi, dan rendah semangat je. "yeye, hari ni dah boleh solat terawih" Jemaah 10 - 12 saf.
****5 hari kemudian****
Jemaah di surau/masjid tinggal 2 saf. Tu pun tak sampai 2 saf. Pathetic oiii.....
Menjadi kemusykilan, mengapa perkara ini terjadi? Kalau bagi jemaah perempuan Mizz masih lagi memahami. Tapi, kalau jadi pada jemaah lelaki. Ini musykil.... Amat memusykilkan... Semangat ramadhanlah sangatkan. Korang tahu tak bertapa ruginya korang tak pergi solat terawih? Korang lagi rela mengadap TWITTER, FACEOOK, YOUTUBE, TV, BLA BLA BLA... dari korang mengadap solat terawih yang setahun sekali je Allah berikan.
situasi 2: pengisytiharan puasa di TV. "Maka dengan ini tarikh hari raya puasa jatuh kepada........"
"Lusa ni bolehlah beli baju raya. Takut nanti tak sempat pula nak beli"
Tok Abah oi... Baru isytihar puasa dah sibuk beli baju raya ke Kak Jemah ? -_- Ini apa kes ni? Orang sambut bulan Ramadhan dengan perasaan yang gembira sebab pahala akan berganda, dapat malam LailaturQadar, ada solat terawih. Ini fikir pasal baju raya. Hish masalah betul orang macam ni.....
Manalah agaknya erti malu dalam diri tu ye? Kita nak sesuatu(syurga) tetapi langsung tak menunjukkan sifat keinginan kepada sesuatu itu. Yang kita tahu hanya dapat tanpa berusaha. Tak malu ye? Allah tu tak minta banyak pun pada kita. Allah siap bagi lagi pahala berganda pada kita dibulan ini. Tapi kita ni tak pernah pun nak hargai atau menghargai pemberian dan peluang yang diberikan Allah kepada kita. Yang kita agungkan benda-benda yang melalaikan kita.
Jadi, kepada adik, abang, kakak, pak cik, mak cik, atuk, nenek, moyang segala macam pangkatlah. Silalah sedar! Mati tu tak pernah berhenti mengejar kita. Saya bercakap bukan untuk anda sahaja, tetapi bagi mengingati diri saya juga. Berusahalah untuk mendapatkan Syurga bukan mahukan Syurga tetapi tidak berusaha. Salam Ramadhan semua. *hug and kiss*
-jangan bermimpi untuk mendapatkan sesuatu tetapi tidak berusaha-
yang mengingatkan,
Mizz Sedik..
No comments:
Post a Comment