Coretan Sebuah Kisah

kisah hidup sorang wanita yang memeningkan kepala.


bekam itu sunnah~

    Assalamualaikum and salam kepada Umat Islam seantero dunia. Hari ini Mizz Amie iya itu saya mahu bercerita tentang dongeng pak lebai~ haha XD -menyakai kau mizz- okey-okey. tak nak bising-bising sebab malas nak taip. *ada kena mengena ke?* haha XD aku memang cenggitu tau, suka bebeno merapu bin merabannya. sorry lah wahai pembaca sekalian. Membazir masa korang je kan? Maaflah ye. Mukadimmah je dah panjang sedepa. Apa tah lagi isinya. =P *padahal tak pun*

    ceritera cinta pun bermula~ ni ha mak jemah nak cerita! hari ahad yang dah pun berlalu saya buat bekam! hehe^^, bangun pagi mama kejut. Bangunlah siap-siap kata hari ni nak bekam. Akak tu dah otw datang rumah. Dengan malasnya aku bangun capai tuala pergi bilik mandi, buat apa lagi? mandilah-,-" aku basuh rambut sekali sebab nanti bekam dekat kepala sekali. =D habis mandi pergi dapur jadi tikus cari makanan yang ringan-ringan sebab waktu nak bekam kita tak boleh makan makanan yang berat-berat. Masuklah biskut yang lazat lagi berkrim dalam mulut aku ni ha. =D telan 2 3 biskut aku minum air masak segelas~ hahhhh~ lega mak jemah...
 
    sementara tunggu akak tu sampai aku pun tengok tv3 cerita Troop. memang hari ahad cerita tu lah yang aku tonton kan-,-" hish~ okey-okey. kembali semula. 30 minit lepas tu Akak yang nak buat bekam tu pun sampai. cerita punya cerita. Kita orang start bekam pukul 10.16 macam tulah kita orang start bekam. Mama start bekam. Akak tu biasa kalau orang baru bekam dia akan syor kan bekam sunnah~ ada sepuluh tempat 1 dekat tengah kepala 7 dekat belakang badan dan dua dibetis kiri dan kanan. =D Lepas mama dah siap aku pulak bekam. erk~ sakit kepala aku first time kena bekam. haha XD nasib samapi sekarang kepala aku dah tak sakit sangat dah =D Aku bekam sampai badan keluar asid wey. kau jangan main. Ingat tak sakit ke keluar asid tu. Tanjat mak jemah waktu akak tu cakap keluar asid. hehe =D

   Lepas bekam memang lega gila lah~ Aku lelap sampai kemalam aku tak sedar-,-' erkk~ huh! tapi yang takutnya, akak tu cakap aku ada pendamping. erkk~ terus bulu roma aku naik. hish! asal mahluk tu suka sangat dekat aku ni. dulu waktu form1 ada juga! dapat dekat sekolah menengah! bencinya! hish. tolonglah faham. saya tak suka awak dampingi saya!!!! kalaulah benda tu faham bahasakan?

    Lastly, ada offer jadi model. Korang rasa patut ke eh? em, berfikir. Macam nak. =P amek je lah kan? untung-untung boleh jugak buat duit poket, kan? =D mama saya bagi soalan dekat saya. soalannya berbunyi begini~ "benda apa yang paling jauh, yang paling dekat, yang paling panjang and yang paling pendek?" ha! korang dah bacakan? so, jawab-jawab =D Selamat Menjawab~

Berfikir sejenak,
MIE JIA LIN a.k.a AMIE



Read, comment and follow :)

No comments: