bila aku fikir balik, dulu aku keluar belasah je nak pakai baju apa pun, janji aku pakai baju. tapi bila aku baca buku Hlovate ni baru aku tersedar, walaupun kau pakai tudung tapi baju kau menampakkan susuk tubuh kau pun tak elok juga. masih berdosa juga dan aku suka bila Hlovate cakap "kalau pakai tudung tapi tak solat masih bukan dikira baik, free hair tapi solat pun masih tak dikira baik." so, fahamkan apa aku nak sampaikan. sebenarnya semua yang kita buat saling berkait rapat. tak terlambat lagi untuk kita kembali kepada jalan-Nya.
Islam bukan agama yang susah sebenarnya. Islam agama yang paling mudah. ikut apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang. tapi kerana syaitan itu telah berjanji akan menyesatkan semua anak Adam menyebabkan iman kita turun naik. Tapi syaitan tu bukan penghalang untuk kita terus berada dilandasan Allah. jika kita tersesat minta pertolongan dari-Nya. Aku mengaku dulu aku jauh sangat tersimpang, tak langsung berada dilandasan Allah. Tapi, hidayah itu milik Allah. Dia berhak memberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Semoga aku tak riak dan takbur dan sentiasa merendah diri dan sentiasa dilindungi oleh Allah. Doakan saya okey =)
Lastly, Tadah tanganmu dan memohon kepada-Nya. Iya tidak merugikan malah menguntungkan. Pohonlah dengan sepenuh hati. Islam itu indah, Islam itu mudah. Tetapi semua bergantung pada diri kita untuk berada dilandasan-Nya atau terus tersimpang dari Jalan-Nya. Ingatlah Allah itu Maha Pengampun, Maha Mengasihani Dan Maha Penyanyang =)
No comments:
Post a Comment